Thursday 24 December 2020

Hentikan Penggunaan Kad Kredit

Hentikan Penggunaan Kad Kredit


Islam tidak menyukai ummatnya berhutang. Penggunaan kad kredit adalah satu perbuatan berhutang. Lebih- lebih lagi,  penggunaannya sehari-hari atau seminggu sekali mahupun sebulan atau beberapa bulan sekali, lama- kelamaan akan menjadi satu tabiat yang sukar dihilangkan. Maka ia akan menjadi sedarah daging dengan kehidupan lalu merosakkan kewangan diri, keluarga serta umat Islam keseluruhannya.
    

Sunday 27 November 2016

Cara Menguruskan Badan Mengikut Sunnah

Cara Menguruskan Badan Mengikut Sunnah


http://jenniferbolus.com/

              Islam suka akan umatnya yang sihat dan cergas. Obesiti adalah tanda dan punca kepada segala penyakit selari dengan kajian perubatan moden. Oleh itu mempunyai tubuh badan yang ideal dapat membantu umat Islam menjadi cergas serta mengelakkan daripada dihinggapi segala penyakit merbahaya seperti darah tinggi, kencing manis serta serangan jantung mahupun angin ahmar. Dengan mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas juga dapat meningkatkan produktiviti harian lalu meningkatkan taraf hidup kepada lebih baik juga cemerlang.

               Islam menggariskan beberapa kaedah makan mengikut sunnah Rasulullah saw seperti makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi, kita digalakkan makan hanya ketika perut sudah berbunyi atau memanggil makanan. Ini boleh ditandakan dengan rasa nyeri sedikit diperut atau perut mula membuat bunyi berkeriuk. Jika selang makan adalah melebihi 4 atau 5 jam, maka boleh jadi benarlah perut sudah lapar. Manakala, jika baru sudah makan selang  2 atau 3 jam sahaja dan rasa sedemikian , kebarangkalian besar, itu hanyalah bawaan nafsu. 

                   Berhenti sebelum kenyang pula bermaksud, makan dengan hanya mengambil bahagian dalam jumlah yang kecil sahaja setiap kali makan, iaitu 1/3 daripada perut. Oleh kerana perut jika diluaskan adalah lebih kurang 1000 ml, maka 1/3 adalah 333ml atau 1 gelas sahaja luasnya. Oleh itu, jika kita makan melebihi menyamai 1 pinggan besar atau melebihinya, itu sudah dikira melebihi 1/3 bahagian perut.

                Kaedah makan pula haruslah menggunakan 3 batang jari sahaja supaya memasukkan kedalam mulut makanan dalam kuantiti yang kecil setiap kali suap agar dapat dicerna dengan baik dan tidak gelojoh. Ia juga membolehkan jari mengesan tulang dan bahan-bahan merbahaya pada makanan sebelum disuap kemulut juga mengesan kepanasan makanan yang sesuai dengan mulut dan perut. Ini kerana makanan yang terlalu panas adalah tidak sesuai dan merbahaya kepada kesihatan. makan juga haruslah dalam keadaan duduk bukan berdiri, bersandar atau berbaring.

               Cara makan tanpa mengikut nafsu akan mendidik diri supaya berbuat sesuatu atas keperluan bukan kerana nafsu. Apabila pergi ke pasar, hendaklah tidak menetapkan jenis makanan yang diidamkan nafsu , tetapi hanya keperluan perut supaya tidak membuang masa dan duit dalam mengikut kehendak nafsu ingin membeli makanan tertentu.

               Senaman juga digalakkan untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan stamina dan juga kecerdasan akal. Senaman terbaik adalah melalui solat sama ada yang wajib mahupun sunat.   Senaman lain adalah dengan cara bercucuk tanam, memelihara binatang ternakan , berjual-beli dan berjalan kemasjid yang kesemuanya memberikan manfaat dunia akhirat bukan sekadar meningkatkan kecerdasan semata.

                   Kita juga digalakkan mengambil makanan tambahan seperti minyak zaitun dan bijih habbatussauda sesudu kecil setiap pagi yang mana terbukti boleh meningkatkan metabolisma tubuh serta menurunkan kolestrol.

                       Sesungguhnya Islam telah menyediakan penyelesaian bagi setiap permasalahan ummah dari hari ia diturunkan sehinggalah hari kiamat. Yang penting kita menggali ilmunya serta mengamalkannya untuk kesejahteraan dunia dan juga akhirat. Semoga bermanafaat.            


   

Sunday 30 October 2016

Walaupun Hidup Seribu Tahun

Walaupun Hidup Seribu Tahun


                    Jika diberi peluang, semua kita mahu hidup beribu tahun. Tapi hidup didunia kahikatnya tidak begitu. Ia hanya sementara dan sangat sebentar. Umur cergas dan walafiat bagi lelaki hanya sekita 63 tahun dan bagi wanita adalah sekita 68 tahun sahaja. Sekarang umur kita sudah berapa? Maka berapa tahun lagi yang tinggal ? Itupun jika umur kita dipanjangkan kesitu? Jika sebelumnya , hanya Allahlah yang mengetahui.

                       Sesungguhnya hidup beribu tahun atau berapa tahun lagi adalah relatif. Berapa ramai yang diberi hidup yang panjang tetapi disia-siakannya. Lihatlah pengikut Nabi Nuh yang hidupnya hampir seribu tahun tetapi tetap tidak mengindahkan seruan Nabinya. Lihatlah Firaun dan pengikutnya walau diberi kekayaan berjuta tetap tidak beriman padaNya.

                        Kita juga melihat beberapa orang yang hanya diberi waktu didunia sebentar cuma atau pendek tetapi manfaatnya amat besar terhadap ummah seperti Rasulullah saw dan para sahabat-sahabatnya, Imam Nawawi hanya berumur 40 tahun tetapi hasil penulisannya seperti beliau hidup beratus tahun dan kekal sehingga kini.

                         Maka, marilah kita manfaatkan masa hari ini, tenaga masih berbaki serta harta sekarang ini untuk agamaNya, kerana mati itu pasti dan masa yang kita masih punya belum pasti. Semoga Allah menjadikan kita antara orang yang pandai memanfaatkan masa, tenaga serta harta. Ameen.
                        

Wednesday 24 August 2016

Bagaimana Mahu Bahagia

Bagaimana Mahu Bahagia


Bismillahirrahnirrahim

                                         Kita berusaha dan berusaha sehari-hari hanya untuk mengejar kemewahan, kekayaan, menjadi jutawan, orang terkenal dan berbagai bentuk kejayaan yang disebut-sebut didunia. Kenapa? Kerana kita menyangka dengannya, kita dapat membeli segala yang diidamkan, berjalan kemana-mana tanpa sekatan waktu dan kewangan, makan dan minum segala yang diinginkan dan pelbagai keinginan lagi. 

                                         Tanpa kita sedar, kebanyakannya, sesudah memiliki kekayaan, kita hampir hilang hubungan kekeluargaan, hilang kesihatan dengan memasukkan kedalam tubuh badan segala keinginan tanpa sekatan, hilang usia yang berdekad dan pelbagai nikmat2 yang lain semasa muda. Kenapa? Kerana kita menyangka, dengan memperolehi segalanya, kita akan bahagia.

                                         Tanpa kita perasan, yang kita inginkan sebenarnya adalah hanyalah bahagia.  Sesungguhnya bahagia itu bukanlah boleh dimiliki dengan harta berjuta, rumah seperti istana, makanan memenuhi meja jua berjalan mengelilingi dunia.

                                         Sesungguhnya bahagia itu boleh dimiliki saat ini jua tanpa menunggu berdekad lamanya. Bagaimana? Bersyukurlah dahulu dengan apa yang kita ada kemudian tambahlah kerana ingin mencapai redhaNya dan niatlah tujuan untuk meninggikan agamaNya. Sungguh pasti, kita akan bahagia sentiasa walau naik turun lelahnya atau kurang segala. Dan amat pasti kita akan bahagia juga disana nanti. Ameen. Moga berjumpa difirdausi, InsyaAllah.

Sunday 20 September 2015

Bagaimana Mahu Cemerlang Dunia Akhirat

Bagaimana Mahu Cemerlang Dunia Akhirat

Al-Quran adalah sumber kecermerlangan setiap insan. Ia adalah intipati kehidupan dunia mahupun akhirat. AlQuran adalah jalan penyelesaian setiap perkara didunia ini. Ia petunjuk sepanjang zaman sehingga hari kiamat. Amat rugilah orang yang meninggalkan AlQuran, seolah meninggalkan sumber kekuatan, kemuliaan, kecemerlangan mahupun kejayaan dalam kehidupan didunia apatah lagi akhirat. Maka marilah bersama membaca, mentadabbur, memahami, mengingati pesanan AlQuran. Marilah kita menjadikan AlQuran sebagai pakaian, perhiasan, serta darah daging kita setiap hari. Dengan itu, tiada sebab untuk kita tidak berjaya mahupun berduka lagi.

Monday 27 October 2014

Hiduplah Demi Agama TuhanMu

Hiduplah Demi Agama TuhanMu

Wahai Muslim, jika kamu rasa hidup ini susah, usahalah untuk hidup demi agama Islam Tuhan kita. Bacalah Quran kalam Tuhan kita. Hiruplah Hadis dan Sunnah rasul kita Muhammad saw sebagai amalan harian kita. Bertuturlah, perbuatlah dengan akhlak junjungan nabi Muhammad Rasulullah saw. Itulah dakwah terbesar kita. dakwah dengan akhlak diri.

Sesungguhnya agama Islam yang Allah turunkan ini sudah sempurna yang pastinya akan menyempurnakan akhlak kita, menggemilangkan pekerjaan harian kita serta menjanjikan kejayaan dunia akhirat kita. Sekiranya ada kekurangan, ia semestinya adalah kekurangan dari diri kita yang masih jahil dan lemah (tidak membaca serta mempelajari Quran dan Sunnah).

Dakwahlah dengan diri kita, kerana mereka sekeliling kita dahagakan akhlak yang baik dan sempurna. Berbuat baiklah mengikut syariat kepada ahli keluarga kita, sanak saudara kita, jiran tetangga serta saudara bukan Muslim seluruh dunia melainkan yang memerangi kita secara terang-terangan.

Jika berusurusan , berurusanlah mengikut syariat, jika berniaga, berniaga mengikut syariat, jika belajar , belajar mengikut syariat, jika berkahwin, membesarkan mahupun mendidik anak, didiklah dengan syariat Allah dan agamaNya. Bila kita melakukan semuanya kerana Allah, walau susah , walau payah dalam dunia fitnah akhir zaman yang mencabar ini ,ketahuilah ganjarannya adalah disini jua disana. Kejayaan itu akan disini jua disana. Mintalah pertongan Tuhan kita dalam menyempurnakan segala tugas kita didunia ini semata-mata kerana Dia.

Saturday 23 August 2014

Tika Anda Dalam Ujian Yang Berat

Ketika Anda Dalam Ujian Yang Berat

Ketika anda kemushkilan, keraguan mahupun kebingungan,
Ketika anda keseorangan, kehilangan mahupun kesusahan, 
Ketika anda kesedihan, kehibaan, mahupun kemurungan,

Mintalah Pada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Memperkenan

kerana Dia sentiasa Mendengar, Mengetahui, Memahami,
dan sentiasa dekat disisi kita
lebih dekat dari urat tengkuk kita sendiri

Mintalah, pasti Dia perkenankan jika ia baik bagi dunia akhirat kita.